Isu



Jurang Upah & Gaji

Upah atau gaji merupakan tujuan utama manusia untuk bekerja. Tanpa upah dan gaji, Upah yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita Malaysia berlaku di semua kumpulan pekerjaan, sesuatu yang jelas membimbangkan. Kajian lebih terperinci mendedahkan jurang upah gender antara pengurus lelaki dan wanita sebenarnya meningkat antara tahun 2013 dan 2015, daripada 18.66 kepada 25.89 mata; pada tahun 2015, purata pendapatan bulanan pengurus lelaki adalah RM7,174 manakala pengurus wanita adalah RM5,317. Begitu juga, jurang upah antara profesional lelaki (RM5,464 sebulan) dan wanita (RM4,152 sebulan) juga meningkat daripada 22.99 mata pada 2012 kepada 24.01 mata pada 2015. Walaupun terdapat penurunan jurang upah dalam kumpulan-kumpulan lain, ia masih tinggi, dengan yang tertinggi mencecah 34.01 mata dan 31.8 mata, masing-masing, untuk pekerja pertanian dan jualan dan perkhidmatan. Pada tahun 2015, jurang upah gender keseluruhan adalah 23.9 mata.

Pada persidangan dua minggu mengenai pemerkasaan ekonomi wanita pada Mac 2017, PBB telah melancarkan kempen untuk menangani jurang upah gender. Ia menegaskan bahawa pada purata global, wanita hanya mendapat USD 0.77 (RM3.42) bagi setiap dolar (RM4.45) yang diperolehi oleh lelaki. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memberi amaran bahawa ia akan mengambil masa 70 tahun untuk menutup jurang upah gender jika tiada langkah-langkah yang lebih kukuh dilaksanakan.

Baca Selanjutnya

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita

Peningkatan sumbangan wanita kepada ekonomi telah diakui sebagai salah satu petunjuk penting kemakmuran sesebuah negara. Walau bagaimanapun, berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini, kadar penyertaan tenaga buruh wanita Malaysia meningkat agak perlahan.

Penyiasatan Tenaga Buruh 2015 mendedahkan dasar penyertaan tenaga buruh wanita hanya 54 peratus berbanding dengan 80.6 peratus bagi lelaki – jurang gender sebanyak 26.5 mata. Kadar penyertaan tenaga buruh wanita di Selangor berada pada kedudukan lebih tinggi pada 63.4 peratus berbanding 81.9 peratus bagi lelaki (jurang gender sebanyak 18.5 mata); ini tidak menghairankan kerana Selangor merupakan negeri yang paling maju di Malaysia.

Salah satu trend yang paling menonjol dalam kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia adalah kadar penyertaan wanita yang rendah. Terdapat 10.3 juta wanita yang berumur antara 15 dan 64 (definisi umur bekerja) tetapi hanya 5.4 juta berada dalam tenaga kerja. Walaupun kadar penyertaan tenaga buruh wanita telah meningkat dengan ketara daripada 45.7 peratus pada tahun 2008 kepada 54.1 peratus pada 2015, ia masih rendah berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand. Dalam Penyiasatan Tenaga Buruh 2010 dan 2013, responden ditanya sebab mereka tidak berada dalam tenaga kerja. Kira-kira 62 peratus daripada responden wanita menyatakan kerja rumah sebagai punca, berbanding dengan hanya 2 peratus lelaki. Malahan, ini merupakan peningkatan sebanyak 74 peratus bagi yang memberikan alasan sama berbanding kaji selidik pada tahun 2010.

Baca Selanjutnya

Siapakah Wanita Terpinggir di Malaysia

Kemiskinan dan kuasa ekonomi adalah salah satu faktor penentu yang mengakibatkan lebih ramai golongan wanita terpinggir dalam ruang peribadi mahupun ruang awam. Kemiskinan wanita adalah fenomena yang berterusan di Malaysia jika tidak di seluruh dunia. Antara petunjuk kemiskinan wanita adalah berdasarkan jurang gender dalam bentuk pendapatan isi rumah, kadar penyertaan tenaga buruh, diskriminasi pekerjaan, upah, mobiliti sosial, kuasa beli, pendidikan, kepimpinan dalam pelbagai spektrum, spatial, budaya dan sejarah.

Situasi ini lebih buruk terhadap wanita terutamanya ibu tunggal, wanita yang tinggal di kawasan terpencil, tidak berpendidikan, serta kurangnya sistem sokongan untuk mengeluarkan wanita daripada kepompong kemiskinan. Selain masalah budaya dan mentaliti yang membelenggu wanita untuk memajukan hidup mereka.

Baca Selanjutnya