Objektif




Memaksimakan potensi dan kapasiti wanita kearah pemberdayaan sosio-ekonomi diri dan kolektif.


Mempertingkatkan dan mempercepatkan kapasiti kepimpinan dan pembuatan keputusan wanita kearah pembinaan masyarakat yang adil dan seimbang.


Meningkatkan status sosio-ekonomi wanita meliputi sumber daya hidup, keselamatan dan kesihatan mereka.


Memastikan dasar dan program Kerajaan Negeri Selangor mempertahankan martabat dan maruah wanita sebagai agen perubahan dan diarusperdanakan gender (Gender Mainstreaming) proses perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian Kerajaan Negeri.


Mengenalpasti isu-isu semasa dunia yang memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat di Selangor.


Mempertingkatkan dan memperluaskan fungsi dan aktiviti Pusat Wanita Berdaya(PWB) bagi kebaikan penduduk Selangor.