Pengenalan



Institut Wanita Berdaya, IWB telah di tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil.


Matlamat utama IWB adalah untuk meningkatkan status sosio-ekonomi wanita di Selangor dan mempercepatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan.


Institut Wanita Berdaya juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk merangka dasar dan mengkaji institusi keluarga serta kanak-kanak.