Terma & Syarat



Sebelum mengakses laman web/portal ini, anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan.

IWB boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa IWB tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. IWB tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut.

IWB mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web/portal ini, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara IWB, dan berkuatkuasa kuasa serta merta. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa IWB mempunyai hak untuk menamatkan atau menggantung akaun tidak aktif yang didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web/portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. IWB tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

IWB mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal atau dalam keadaan di luar kawalan, IWB perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis. Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web/portal ini.

IWB mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa IWB dan mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini.

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/ pertanyaan anda berhubung penggunaan laman web/portal ini. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web/portal ini, sila ajukan pertanyaan anda kepada webmaster@iwbselangor.org.