Geran Penyelidikan



LATAR BELAKANG

Sebagai sebuah negeri yang beraspirasi untuk menjadi negeri maju dan terkehadapan dalam isu wanita dan kanak-kanak, negeri Selangor perlu menggalakkan budaya penyelidikan.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Institut Wanita Berdaya (IWB) telah menubuhkan sebuah dana khusus bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak di peringkat Negeri Selangor.

Ini sejajar dengan semangat dan visi Selangor, menjadi sebuah negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan dan seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebuah negeri contoh dalam mendepani isu dan keperluan wanita.

Geran penyelidikan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan apa jua bentuk penyelidikan yang menumpukan kepada isu dan permasalahan yang dihadapi oleh wanita, wanita marginal dan kanak-kanak bagi memastikan keperluan pembangunan dan kebajikan golongan ini terbela dan mendapat perhatian.

Institut Wanita Berdaya (IWB) mempelawa para penyelidik dari seluruh negara untuk mengemukakan Cadangan Penyelidikan dalam bidang Wanita dan Gender bagi mendapatkan dana dari Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan juga adalah terbuka untuk penyelidikan dalam lingkungan RM50,000 bagi penyelidikan dan tempoh masa menyiapkan projek penyelidikan adalah DUA (2) tahun. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang memberi impak kepada Kerajaan Negeri Selangor

OBJEKTIF PEMBERIAN GERAN PENYELIDIKAN

  1. Untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menghasilkan keputusan dan maklumat untuk meningkatkan pemahaman serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak.
  2. Mencadangkan dasar yang substantif kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan yang dilakukan.
  3. Menambahbaik sesuatu dasar, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada.

SILING PERMOHONAN

Jumlah siling permohonan bagi keseluruhan projek adalah seperti berikut;

  • Penyelidikan akademik berjumlah RM50,000 untuk setiap penyelidikan yang dijalankan.

TEMPOH PENYELIDIKAN

Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dua (2) tahun maksima

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  1. Mesti warganegara Malaysia
  2. Kakitangan akademik tetap / kontrak (Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah).
  3. Kakitangan akademik bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  4. Bagi kakitangan akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap dari institusi yang sama.
  5. Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan dan tempoh penyelidikan tidak melebihi dua (2) tahun.
  6. Setiap pemohon dibenarkan untuk mengemukakan hanya satu permohonan projek sahaja pada setiap fasa.

KRITERIA PENYELIDIKAN

  1. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu wanita dan kanak-kanak atau isu berkaitan kumpulan marginal wanita bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan mereka, dan
  2. Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/teori/konsep/model/proses yang baru, atau
  3. Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada, dan
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik Kerajaan Negeri Selangor, dan
  5. Hasil penyelidikan adalah hak milik mutlak Institut Wanita Berdaya tetapi nama atau kumpulan penyelidik juga akan diletakkan bersama.

CADANGAN TOPIK PENYELIDIKAN AKADEMIK

Wanita dan Politik

  1. Wanita dan kuota gender dalam politik
  2. Status dan pemposisian (positioning) wanita di peringkat kepimpinan
  3. Penyertaan wanita dalam politik

Dan lain-lain..

Wanita dan Ekonomi

  1. Jurang gender (gender gap) dalam pasaran buruh
  2. Diskriminasi wanita di tempat kerja
  3. Isi rumah yang diketuai wanita
  4. Keseimbangan kehidupan kerja di Malaysia
  5. Wanita, pendidikan dan keterlibatan sebagai tenaga buruh
  6. Belanjawan Responsif Gender
  7. Wanita dan Pendidikan serta kemahiran yang ada
  8. Kesenjangan pendapatan (wage gap) berasaskan gender
  9. Wanita, ekonomi dan keusahawanan

Dan lain-lain..

Wanita, Undang-undang dan Sosial

  1. Komuniti wanita Orang Asli
  2. Kesihatan dan kesejahteraan wanita
  3. Wanita, sukan dan ruang awam
  4. Wanita dan diskriminasi undang-undang

Dan lain-lain..

  • Tarikh Buka Permohonan : 21 November 2017
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2018
Muat Turun Borang Pemohonan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Insitut Wanita Berdaya Sdn. Bhd
No.8 Kompleks Perumahan
EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Jalan Hablur 7/6, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Telefon : 603-5523 5626
Laman sesawang : http://www.iwbselangor.com.my
U/P: Puan Rusni Tajari

Emel : rusni.tajari@iwbselangor.com.my dan cc kepada tajarirusni@gmail.com